3,000 sertai Melaka Fun Run Fiesta - Utusan Malaysia

3,000 sertai Melaka Fun Run Fiesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Acara Melaka Fun Run Fiesta yang berlangsung pada 14 dan 15 September lalu bakal diteruskan untuk tahun hadapan apabila melihat sambutan yang menggalakkan.

Karnival yang diadakan sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara itu menyaksikan penglibatan 3,000 peserta yang hadir dari seluruh pelusuk negara terutama Melaka.

Pengarah Syarikat Strange Film Snd. Bhd, Shamimi Safia selaku penganjur berkata, penglibatan ribuan peserta membuktikan penganjuran aktiviti riadah dan kebudayaan tetap disambut baik pengunjung.

“Sudah pastinya kami teruja dan sekiranya mendapat kerjasama serta sokongan daripada agensi pelancongan Malaysia, ini akan dijadikan acara tahunan.

“Ini merupakan edisi kedua penganjuran Melaka Fun Run Fiesta dan kami berharap agar acara seperti ini akan dapat diteruskan untuk edisi seterusnya.

“Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah, Kementerian Belia dan Sukan serta Fit Malaysia di atas kerjasama yang diberikan,” katanya.

Dalma cara tersebut juga, Strange Film Sdn. Bhd turut menyumbang 300 helai baju kepada peserta larian yang terlibat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya