29 kawasan di Kuala Lumpur tiada air

29 kawasan di Kuala Lumpur tiada air

air
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 29 kawasan di wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 6 pagi tadi akibat kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan itu dijangka akan siap pada pukul 1 pagi, esok.

Katanya, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 1 tengah hari, esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya.

Oleh demikian, Air Selangor berkata, pihaknya akan menggerakkan lori-lori tangki air dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/,” katanya.

Berdasarkan senarai dikeluarkan, antara kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah pusat bandar Kuala Lumpur, Parlimen, Taman Duta, Taman Tunku, Semantan, pusat bandar Damansara, Bukit Tunku, Bukit Persekutuan dan Damansara Heights. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN