270 kakitangan JPS Terengganu bertugas 24 jam pantau banjir

270 kakitangan JPS Terengganu bertugas 24 jam pantau banjir

HANAFIAH Mat (dua, kanan) melawat sebuah stesen amaran banjir di Kampung La di Hulu Besut, Besut, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Seramai 270 kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu akan bertugas 24 jam memantau situasi banjir di negeri ini sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) tidak lama lagi. 

Pengarah JPS Terengganu, Osman Abdullah berkata, kesemua tenaga kerja itu akan memantau 132 stesen hidrologi bagi mendapatkan data terkini paras air dan taburan hujan di seluruh negeri ini sepanjang musim tengkujuh. 

“Pemantauan juga dilakukan terhadap lapan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang bagi tujuan sama di lokasi strategik di seluruh negeri ini. 

“Selain itu, kita juga telah memastikan kesemua 17 siren amaran banjir yang dipasang di lokasi berisiko boleh berfungsi dengan baik,” katanya.

Belaiu berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Hanafiah Mat memantau sistem amaran banjir di Kampung La, Hulu Besut, di sini, hari ini.

Osman berkata,  siren amaran banjir tersebut terdapat di Jabi di sini; Kampung Gong Terap, Pengkalan Merbau, Hulu Seladang, Merbau Menyusup dan Kampung Langkap, Setiu; Kuala Ping dan Kampung Nibong, Pengkalan Ajal, Paloh Nyior, PPSK Matang, Hulu Terengganu. 

Tambah beliau, siren amaran banjir itu juga dipasang di Taman Sri Embun, Kuala Terengganu; Pasir Raja, Dungun serta Sungai Mas, Padang Kubu dan Kampung Besut, Kemaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya