2,585 B40 di Kelantan dapat lesen memandu percuma

2,585 B40 di Kelantan dapat lesen memandu percuma

MOHD. Misuari Abdullah (tiga dari kiri) menyerahkan replika lesen di bawah Program MyLesen Zon 1 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kira-kira 2,585 golongan B40 di negeri ini menikmati kemudan lesen percuma menerusi Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLMK) yang disediakan kerajaan melalui Belanjawan 2024 lalu.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, daripada jumlah itu 2,400 lulus dan menikmati kemudahan itu bermula Jun lalu.

“Baki calon sedang menjalani ujian oleh JPJ ketika ini. Keseluruhannya akan selesai pada awal bulan depan.

“Berdasarkan data, seramai 2,500 adalah calon MyLesen B2, MyGDL (35) melibatkan kenderaan lori, MyPSV (perkhidmatan pengangkutan awam) seramai 30 dan 20 untuk MyEHO (e-hailing),” katanya dalam sidang akhbar sempena Program MyLesen Zon 1 Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 di Akademi Memandu Berhemat Kotaraya Sdn Bhd di sini hari ini.

Mohd. Misuari memberitahu, program tersebut juga mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Pejabat Pembagunan Negeri Kelantan (ICU, JPM), Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, program itu merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaik taraf kehidupan golongan B40 dalam bantuan e-kasih bagi membuka lebih peluang untuk menjana pendapatan rakyat.

“Selain itu, program yang diwujudkan JPJ khusus kepada masyarakat yang memerlukan terutamanya yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi atau jauh dari institut memandu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya