2,384 mangsa banjir di Kedah - Utusan Malaysia

2,384 mangsa banjir di Kedah

PENDUDUK membawa barangan ke tempat yang selamat selepas rumah mereka dilanda banjir buat kali ketiga di Kampung Alor Madi, Anak Bukit di Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 2,384 orang daripada 806 keluarga, petang ini berbanding 2,311 orang daripada 789 keluarga yang direkodkan 9 pagi tadi.

Kesemua mangsa berlindung di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu, Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 845 orang daripada 328 keluarga, diikuti Kota Setar iaitu seramai 818 orang daripada 257 keluarga.

Sementara di Pokok Sena melibatkan seramai 411 orang daripada 144 keluarga, manakala Pendang mencatatkan 310 mangsa daripada 77 keluarga.

Dalam pada itu, 327 mangsa daripada 175 keluarga di Baling yang sebelum ini berada di la PPS daerah itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 10 pagi tadi.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd. Zain berkata, banjir lebih buruk diramal berlaku di negeri ini sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka selama tiga hari bermula 18 Oktober ini.

Beliau berkata, berdasarkan ramalan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan paras air laut ketika fenomena itu dijangka boleh mencecah sehingga tiga meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya