2,060 pelajar sarjana muda mendaftar di UMT

2,060 pelajar sarjana muda mendaftar di UMT

MOHD. Izani Mohd Zain bersama pelajar yang baharu mendaftar di kamping UMT Kuala Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 2,060 pelajar baharu program sarjana muda bagi sesi Akademik 2024/2025 mendaftar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mulai hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 238 pelajar adalah lepasan asasi sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang merupakan ‘produk’ UMT.

Naib Canselor UMT Prof. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, UMT komited dan memberi jaminan dalam memastikan pelajar dapat mengikuti alam kampus dengan baik serta dapat menghabiskan pembelajaran dengan cemerlang di UMT, seterusnya melahirkan graduan yang berdaya saing.

Tambahnya semua pelajar perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk mencapai kejayaan akademik dan menyumbang kepada negara serta mengucapkan tahniah kepada pelajar dan semua ibu bapa kerana memilih UMT sebagai universiti pilihan utama.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain bersama pihak Pengurusan universiti sama-sama turun padang bagi meninjau proses pendaftaran dan kemasukan pelajar ke kampus UMT malah sempat beramah mesra dengan pelajar dan ibu bapa.

“Alhamdulillah seawal pukul 7.30 pagi pelajar bersama keluarga bersedia untuk sesi pendaftaran di Dewan Sultan Mizan (DSM) dan disambut oleh petugas. Proses pendaftaran dan kemasukan pelajar juga berjalan lancar dengan kerjasama petugas seramai 350 orang yang merupakan fasilitator dalam kalangan pelajar senior, staf dan sukarelawan”.

Tambahnya Minggu Jalinan Mesra (MJM) akan berlangsung pada 1 hingga 5 Oktober, pelajar akan mengikuti sesi taklimat di Dewan Sultan Mizan serta di Kolej Kediaman yang merangkumi sesi pengenalan berkaitan akademik dan hal ehwal pelajar. Mereka juga akan terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya sukan dan kesenian serta dibawa melawat fakulti masing-masing.

“Saya mengharapkan para pelajar cepat menyesuaikan diri di alam kampus dan dapat meneroka lebih banyak peluang dalam bidang kokurikulum bagi melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata malah dapat melahirkan graduan yang holistik serta bersedia untuk berada di alam pekerjaan kelak”.

Ujarnya lagi, bagi memperkasakan kempen dan menjayakan agenda kelestarian kampus dan ESG, HEPA telah menyediakan kepada pelajar baharu sebuah tumbler yang boleh digunakan sepanjang berada dikampus. Inisiatif ini bagi mengurangkan kebergantungan pelajar kepada botol air atau meneral plastik yg digunakan.

UMT turut menawarkan program pengajian baharu untuk pengambilan sesi Akademik 2024/2025 iaitu Sarjana Muda Kewangan dengan Kepujian dan menerima pelajar sulungnya seramai 82 orang untuk sesi ini. Manakala 33 program sarjana muda yang telah ditawarkan UMT setakat ini.

Perkara yang membanggakan apabila maklum balas yang diterima daripada pelajar rata-rata menyatakan UMT adalah pilihan pertama mereka dan ini menggambarkan UMT menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya