20,00O meriahkan sukan paramotor Terengganu

20,000 meriahkan sukan paramotor Terengganu

SALAH seorang peserta dalam acara Terengganu International Paramotor Challenge di Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seramai 20,000 pengunjung membanjiri Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu untuk memeriahkan pe­nganjuran program Terengganu International Paramotor Challenge bermula Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, program tersebut yang berlangsung tiga hari menarik penyertaan dari seluruh negara.

Katanya, ia juga menarik minat ramai terutama generasi muda untuk menceburi sukan udara sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan.

“Sukan paramotor ini memerlukan ramai pelapis bakat muda dan penganjuran acara ini adalah antara inisiatif menarik golongan belia menceburinya.

“Terengganu sentiasa mahukan kelainan dalam menyediakan platform aktiviti sukan lasak yang bagus kepada anak-anak muda agar mereka dapat me­ngenali sukan paramotor ini secara lebih dekat.

“Insya-Allah kita juga bercadang menjadikan acara ini sebagai acara pelancongan sepanjang tahun pada masa akan datang,” katanya semalam.

Razali berkata, sukan permotoran itu juga berpotensi dijadikan sebagai salah satu elemen pelancongan negeri sekali gus meningkatkan ekonomi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima dari orang ramai, mereka mahukan penganjuran yang lebih besar pada masa akan datang.

“Selain itu, pemilihan lokasi penganjuran di kawasan Dataran Jambatan Angkat Kuala Terengganu juga sangat sesuai kerana ia sememangnya sangat cantik terletak di pusat bandar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya