1MDB: Najib dipanggil bela diri 21 pertuduhan pengubahan wang haram

1MDB: Najib dipanggil bela diri 21 pertuduhan pengubahan wang haram

NAJIB Tun Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperintahkan untuk membela diri atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut membabitkan 16 pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, No 55, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 22 Mac 2013 sehingga 10 April 2013.

Lima lagi pertuduhan ialah menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM20,000,000 untuk dibayar kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); RM100,000 dibayar kepada UMNO Bahagian Batu Kawan; RM246,000 kepada Lim Soon Peng; RM2,000,000 kepada ORB Solutions Sdn. Bhd. dan RM303,000 kepada Semarak Konsortium Satu Sdn. Bhd.

Najib didakwa melakukan perbuatan itu di tempat yang sama antara 2 Ogos 2013 sehingga 14 Ogos 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya