1MDB: Keputusan Najib bela diri 30 Okt.

1MDB: Keputusan Najib bela diri 30 Okt.

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membela diri atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama akan dike­tahui pada 30 Oktober ini.

Pada tarikh sama, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan akan turut memutuskan sama ada Najib perlu membela diri atas 21 per­tuduhan pengubahan wang haram,

Najib didakwa me­lakukan perbuatan itu di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Hakim itu menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pembelaan menutup hujahan mereka semalam.

“Terima kasih di atas hujahan terperinci daripada kedua-dua pihak. Keputusan sama ada wujudnya kes prima facie dan tertuduh (Najib) perlu membela diri atas kesemua pertuduhan akan dibuat pada 30 Oktober ini,” kata hakim itu.

Pihak-pihak terlibat mula berhujah pada 19 Ogos lalu yang mengambil masa 12 hari untuk diselesaikan dengan pi­hak pembelaan yang di­ketuai peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ‘membolot’ 11 hari untuk hujahan mereka.

Perbicaraan kes itu, bermula pada 28 Ogos 2019 dengan saksi pertama pendakwaan Datuk Dr. Farizah Ahmad yang juga Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Kabinet dan Perlembagaan Jabatan Perdana Menteri.

Saksi terakhir pendakwaan ialah bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 20 September 2018 sebelum kes dibenarkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Oktober 2018. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya