1MDB: Keputusan Najib bela diri 30 Okt.

1MDB: Keputusan Najib bela diri 30 Okt.

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu membela diri atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama akan diketahui pada 30 Oktober ini.

Pada tarikh sama, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan akan turut memutuskan sama ada Najib perlu membela diri atas Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan perbuatan itu di antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Hakim itu menetapkan tarikh tersebut selepas pihak pembelaan menutup hujahan mereka hari ini.

“Terima kasih di atas hujahan terperinci daripada kedua-dua pihak. Keputusan sama ada wujudnya kes prima facie dan tertuduh (Najib) perlu membela diri atas kesemua pertuduhan akan dibuat pada 30 Oktober ini,” kata hakim itu.

Pihak-pihak mula berhujah pada 19 Ogos lalu dan mengambil masa 12 hari untuk diselesaikan.

Pendakwaan menutup kes pada 30 Mei lalu selepas 235 hari perbicaraan dalam tempoh enam tahun dan 50 saksi pendakwaan telah dipanggil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN