1BestariNet: SPRM mungkin panggil Mahdzir Khalid

1BestariNet: SPRM mungkin panggil Mahdzir Khalid

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin akan memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membantu siasatan kes 1BestariNet.

Menurut sumber, Mahdzir antara individu-individu yang akan dipanggil kerana beliau merupakan bekas Menteri Pendidikan yang memutuskan projek melibatkan 8,000 sekolah itu diteruskan.

“Siasatan juga akan dijalankan ke atas beberapa sekolah yang terbabit untuk memastikan mereka menerima kelajuan jalur lebar seperti yang dipersetujui dalam kontrak,” katanya di sini hari ini. 

Pada 30 September lalu, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengarahkan pegawai penyiasatnya untuk bertemu bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kerana dipercayai mempunyai maklumat bagi membantu siasatan berkaitan 1BestariNet. 

September lalu juga SPRM memulakan siasatan terhadap YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4.07 bilion.

SPRM turut dilapor berkata, siasatan dibuat berdasarkan maklumat menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), Ogos lalu serta Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Hasil dua laporan tersebut mendedahkan terdapat beberapa kelemahan antaranya  aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastruktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh.

“Terdapat juga maklumat awam serta aduan daripada pihak tertentu mengenai projek ini yang gagal memberikan capaian jalur lebar dengan kelajuan sebagaimana dikehendaki dalam membantu proses pembelajaran di sekolah yang lebih efisien,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya