1,968 mangsa banjir di Selangor ditempatkan di enam PPS

1,968 mangsa banjir di Selangor ditempatkan di enam PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 1,968 mangsa membabitkan 480 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir yang melanda tiga daerah sekitar Selangor sejak malam tadi.

Kesemua mangsa melibatkan tiga daerah yang terjejas iaitu Shah Alam, Gombak dan Kuala Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa diselamatkan oleh pasukan bomba yang ke lokasi bagi operasi banjir.

“Mereka ditempatkan di enam PPS dibuka di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seri Pagi, Paya Jaras; Dewan Kenanga; Dewan MBSA Bunga Matahari; Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Seri Kundang; Sekolah Rendah Agama Kuang; Sekolah Kebangsaan Desa Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 54 anggota dari enam Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Bestari Jaya, Selayang, Batu Arang, Bukit Jelutong serta Dengkil terbabit operasi berkenaan.

Ahmad Mukhlis berkata, JBPM turut melakukan pemantauan di 21 lokasi dinaiki air antaranya di Kampung Kubu Gajah, Merbau Sempah, Kampung Cempedak di Kuang; Kampung Melayu Subang, dan Jalan Tembusu, Subang.

Katanya, pemantauan turut dilakukan di Kampung Sri Aman, Taman Saujana Aman, Kampung Parit Mahang di Kuala Selangor; Sungai Buah, Jambatan Sekolah Vokasional, Revolusi Hijau dan Pasar Dengkil di Sepang.

“Selain itu, Kampung Selayang Baru, Kampung Laksamana, Indian Sattlement di Selayang; Taman Rahmat Jaya Kundang, Lorong Utama 1, Lorong Setia 7, Kampung Melayu Sri Kundang, Lorong Haji Talib, Kampung Gombak dan Kampung Bunga Raya di Gombak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya