19 sekolah sertai Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional - Utusan Malaysia

19 sekolah sertai Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional

PESERTA SK Kubang Ikan, Kuala Terengganu membuat persembahan tarian gamelan pada Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional Senandung Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebanyak 19 buah sekolah rendah dan menengah termasuk dari luar Terengganu menyertai Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional Senandung Terengganu di Kompleks Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang dianjurkan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan Kerjasama JKKN Terengganu dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu melibatkan penyertaan sembilan sekolah dalam kategori tarian dan 10 buah sekolah lagi bagi kategori muzik.

Sembilan buah sekolah yang menyertai kategori tarian adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, SK Ampuan Intan, SK Sultan Sulaiman 1, SK Gong Pasir, SK Tanjung Gelam, SK Tok Jembal, SK

Wakaf Tapai dan SK Seberang Takir dari Terengganu serta SK (Perempuan) Methodist, Kuantan, Pahang.

Sementara itu, 10 buah sekolah yang bersaing dalam kategori muzik pula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak, SMK Sultan Sulaiman, SMK Tengku Mahmud, Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu, SMK Tengku Lela Segara, SM Sains Hulu Terengganu, SMK Sheikh Abdul Malik dan SMK Sultan Ahmad Shah, SM Sains Gua Musang, Kelantan dan SMK Damai Perdana, Selangor.

Seramai 198 pelajar daripada 19 buah sekolah itu terlibat dalam persembahan bagi dua kategori itu.

Kesemua pelajar yang menyertai pertandingan tersebut mempamerkan kemahiran luar biasa dalam gerak tari dan permainan alat muzik gamelan, sekali gus menunjukkan dedikasi pelajar terlibat terhadap seni warisan tradisional.

SK Kubang Ikan muncul johan dalam kategori tarian membawa pulang Piala Tengku Seri Bijaya Raja dan wang tunai RM2,500, manakala naib johan dirangkul SK Tanjung Gelam (RM2,000 ) dan SK Wakaf Tapai tempat ketiga (RM1,500). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN