1,800 peserta berentap dalam Ironman di Langkawi - Utusan Malaysia

1,800 peserta berentap dalam Ironman di Langkawi

CG LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seramai 1,800 peserta dari 50 negara mengesahkan penyertaan dalam kejohanan triatlon Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi yang berlangsung esok.

Pengarah Serantau Asia Ironman Group, CG Lim berkata, penyertaan atlet profesional pula melibatkan 60 orang yang juga merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah Ironman Malaysia.

“Tahun ini juga kita ada acara berpasukan berganti-ganti bagi Ironman 70.3 Langkawi. Lebih 70 pasukan menyertai acara itu berbanding tahun-tahun sebelum ini yang biasanya tidak lebih 50 pasukan.

“Malah, ramai peserta Malaysia ingin sertai Ironman, tetapi belum berkeyakinan dapat habiskan kesemua elemen renang, berbasikal dan larian, jadi mereka sertai Ironman 70.3 Langkawi dulu,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Tambahnya, atlet profesional juga akan berentap bagi mendapatkan tiga slot kelayakan untuk Kejohanan Ironman Dunia di Kailua-Kona, Hawaii, pada Oktober 2025.

Ironman Malaysia melibatkan disiplin renang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan larian sejauh 42.2km manakala Ironman 70.3 Langkawi adalah separuh daripada jarak Ironman Malaysia.

Sementara itu, seramai 50 pelajar di sekitar Langkawi dipilih menyertai Ironkids yang dianjurkan secara percuma bagi memberi pendedahan mengenai acara sukan ekstrem itu kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya