158 mangsa banjir di Tanjung Malim - Utusan Malaysia

158 mangsa banjir di Tanjung Malim

KEADAAN banjir di Kampung Balun, Tanjung Malim yang menyebabkan 158 penduduk dipindahkan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Hujan lebat berterusan di sini bermula pukul 11 malam semalam hingga 4 pagi hari ini menyebabkan tiga pusat pemindahan sementera (PPS) dibuka di sini menempatkan 158 orang mangsa daripada 65 keluarga.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan tiga PPS yang dibuka adalah Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Batu 4, Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim dan SK Slim River.

“Seramai 158 orang mangsa banjir daripada 56 keluarga telah dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka pagi tadi memandangkan paras air yang menunjukkan trend meningkat.

“Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS SK Slim River berjumlah 89 orang (30 keluarga), SK Kuala Slim 41 mangsa (21 keluarga) dan DOR Kampung Batu 4 seramai 28 mangsa merangkumi 14 keluarga,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya