1,548 mangsa banjir lima daerah di Perak - Utusan Malaysia

1,548 mangsa banjir lima daerah di Perak

PENDUDUK menaiki sampan melihat keadaan rumah yang dilanda banjir berikutan hujan dan fenomena air pasang besar di Kampung Matang Pelanduk di Pasir Salak hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Perak meningkat kepada 1,548 hari ini berbanding 1,447 semalam yang kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat pukul 2 petang, Kuala Kangsar masih mencatat jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 903 orang yang ditempatkan di tiga PPS.

Menurutnya, ini diikuti Daerah Hilir Perak seramai 330 mangsa di dua PPS dan Daerah Perak Tengah seramai 201 mangsa di tiga PPS.

“Daerah Kerian mencatat 64 mangsa di dua PPS manakala Kampar 41 mangsa di satu PPS,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya