15 rakyat Malaysia di Lubnan dibawa pulang ke tanah air

15 rakyat Malaysia, tiga pasangan warga asing di Lubnan dibawa pulang ke tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, sedang melaksanakan proses evakuasi 15 lagi rakyat Malaysia di Lubnan ekoran serangan berterusan rejim Zionis Israel ke atas negara itu.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, proses evakuasi mereka itu bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.

Bagaimanapun, katanya, empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan, manakala empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan.

“Berikutan situasi yang semakin meruncing, sembilan rakyat Malaysia telah pun meninggalkan Lubnan secara sukarela (sebelum ini),” katanya malam ini.

Pada masa sama, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.

Katanya, jkekejaman rejim Zionis Israel ini secara jelas melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengancam keselamatan, kestabilan serta kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan.

“Malaysia bersolidariti bersama Lubnan, dan masyarakat antarabangsa untuk mendesak rejim Zionis Israel melaksanakan gencatan senjata segera bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih dahsyat di Lubnan.

“ Ia adalah penting bagi semua pihak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau tersebut,” katanya.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya