14 kereta terlibat lumba haram ditahan

14 kereta terlibat lumba haram ditahan

HANYAN Ramlan memeriksa salah sebuah kereta yang disita dalam Op Lumba Haram di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Terengganu, semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebanyak 14 kereta pelbagai jenis ditahan polis dalam Op Lumba Haram di Bandar Baru Kijal dekat sini, selama dua hari berakhir kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua kenderaan yang ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram.

“Polis menyita kenderaan ini kerana dilakukan pengubahsuaian dan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, semalam.

Hanyan berkata, dalam operasi sama, polis menyita dua motosikal dan mengeluarkan 50 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, ubah suai ekzos, nombor plat tidak mengikut peraturan dan tiada insurans. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya