KEMAMAN: Sebanyak 14 kereta pelbagai jenis ditahan polis dalam Op Lumba Haram di Bandar Baru Kijal dekat sini, selama dua hari berakhir semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua kenderaan yang ditahan disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram.
“Kita menyita kenderaan ini kerana telah dilakukan pengubahsuaian dan tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini, hari ini.
Hanyan berkata, dalam operasi sama, polis turut menyita dua motosikal dan mengeluarkan 50 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, ubah suai ekzos, nombor plat tidak mengikut peraturan dan tiada insurans. – UTUSAN