14 bakat TVET timba ilmu di China

14 bakat TVET timba ilmu di China

KEMUDAHAN terkini dan suasana latihan yang kondusif menjadi tarikan untuk belia memilih bidang TVET.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam mengarusperdanakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) semakin mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara, khususnya dari China.

Menerusi inisiatif Malaysia-China Institute (MCI) yang berperanan sebagai platform kerjasama dua negara membangunkan TVET yang diilhamkan timbalan perdana menteri, seramai 14 orang bakat muda yang berkelulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 bidang Teknologi Automotif berangkat ke China baru-baru ini bagi melanjutkan latihan TVET di peringkat Diploma in Automotive Inspection and Maintenance Technology yang turut memfokuskan kepada kemahiran kenderaan hibrid elektrik (HEV), kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik plug-in (PHEV) and kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

 

MCI digerakkan secara bersama oleh Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR), Tang International Education Group China dengan sokongan dan kerjasama institusi TVET dan industri daripada China.

Kumpulan pelajar tersebut akan menjalani latihan selama setahun ini secara sepenuh masa bertempat di Tangsan Polytechnic University China dengan penajaan penuh serta elaun sara diri dengan mengguna pakai pendekatan latihan Work Based Learning (WBL) yang turut melibatkan beberapa industri automotif terkemuka China sepanjang latihan.

Semua yang terpilih itu tidak mempunyai latar belakang akademik yang baik atau tidak menamatkan persekolahan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Namun mereka membuat pilihan yang tepat dengan memilih laluan TVET di peringkat SKM menerusi pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dan membuktikan kepada kepada masyarakat bahawa pensijilan SKM mampu memberi jaminan masa hadapan yang gemilang termasuk lanjutan ke luar negara.

BELIA Mahir juga berkeyakinan akan lebih ramai lagi bakat muda TVET tempatan bakal melanjutkan latihan di China pada tahun 2025-2026 bersandarkan kepada penglibatan seramai 1,776 orang pelajar TVET yang telah menjalani latihan jangka masa pendek antara dua minggu hingga tiga bulan dalam program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT) yang diadakan sejak Julai 2023 hingga kini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN