PETALING JAYA: Sebanyak 130 motosikal yang diletakkan di depoh simpanan kenderaan yang ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught dekat sini hangus dalam kebakaran tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pukul 12.33 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan dibantu BBP Cheras dikejarkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Hisam Mamat berkata, setibanya ke lokasi mendapati kebakaran melibatkan deretan motosikal lama yang berada di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik pihak DBKL.
“Kebakaran berjaya dipadamkan dan anggaran kemusnahan 100 peratus dengan sebanyak 130 buah motorsikal pelbagai model terbakar.
“Punca – punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik,” katanya. – UTUSAN