12 lagi rakyat Malaysia tiba hari ini dari Lubnan

12 lagi rakyat Malaysia tiba hari ini dari Lubnan

israel
Asap memenuhi runag udara selepas serangan udara Israel menyasarkan kawasan di pinggir selatan Beirut pada malam tadi 3 Oktober, - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 12 orang rakyat Malaysia dari Lubnan dijadualkan tiba di tanah air dari Lubnan pada hari ini.

Jumlah itu masing-masing enam orang daripada satu keluarga telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan turut mengesahkan, manakala lagi enam rakyat dijadualkan tiba pada malam ini.

Katanya, ini menjadikan jumlah rakyat Malaysia dan ahli keluarga yang berjaya dievakuasi keluar dari Lubnan dalam tempoh dua hari yang lalu seramai 17 orang.

“Walaupun keadaan semakin mencabar di Lubnan, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut berjaya mengaturkan penerbangan pulang ke Malaysia bagi semua baki rakyat Malaysia yang masih berada di negara berkenaan.

“Mereka dijangka tiba di Malaysia secara berperingkat pada hari esok dan Selasa ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN