1,195 mangsa banjir di empat daerah di Perak - Utusan Malaysia

1,195 mangsa banjir di empat daerah di Perak

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir di Perak hari ini. - UTUSAN/APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 1,195 penduduk di empat daerah di negeri ini kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, setakat pukul 2 petang ini, Kuala Kangsar mencatat mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 578 orang daripada 168 keluarga yang ditempatkan di tiga buah PPS.

Menurutnya, lain-lain daerah mencatat mangsa banjir ialah Muallim seramai 334 mangsa di tiga PPS, Kerian 111 mangsa di dua PPS dan Hulu Perak seramai 172 mangsa di enam PPS.

Jumlah itu mencatat peningkatkan berbanding pukul 12 tengah hari tadi seramai  773 mangsa yang ditempatkan di 14 PPS. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya