1,165 pekebun kecil terima manfaat TSPKS 2.0

PARLIMEN: 1,165 pekebun kecil terima manfaat TSPKS 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,165 pekebun kecil sawit menerima manfaat di bawah Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) dengan peruntukan sebanyak RM59.2 juta melibatkan 3,378 hektar.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, di bawah Bajet 2024, kerajaan memperuntukkan RM100 juta (50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman) bagi program tersebut dengan sasaran kawasan penanaman semula seluas 5,900 hektar.

JOHARI ABDUL GHANI

Jelasnya, program itu lebih memfokuskan kepada program tanam semula sawit bagi pokok sawit yang tua dan tidak lagi produktif.

“Insentif ini adalah khas kepada pekebun kecil sawit sahaja. Peralihan tanaman getah kepada sawit tidak termasuk dalam skop insentif ini.

“Sehingga 14 Oktober 2024, kerajaan telah menerima permohonan daripada 2,311 pekebun kecil sawit yang merangkumi sekitar 7,699 hektar. Daripada jumlah ini, kerajaan telah meluluskan permohonan bagi seramai 1,165 pekebun kecil sawit dengan keluasan 3,378 hektar yang melibatkan pembiayaan berjumlah RM52.9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya