11,000 sertai Hari Sukan Negara peringkat Kedah - Utusan Malaysia

11,000 sertai Hari Sukan Negara peringkat Kedah

PESERTA bergambar kenangan sempena sambutan HSN 2024 peringkat negeri di UUM, Sintok di Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sebanyak 11,000 peserta memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang merasmikan acara itu menyifatkan ianya sebagai satu acara yang sangat relevan pada masa kini.

“Tema HSN sangat inklusif, ia satu gerakan ke arah kesedaran untuk rakyat ghairah menceburi aktiviti sihat. Menggamit penyertaan tanpa batas selain mengangkat maksud perpaduan.

“Penyertaan reruai pelbagai agensi juga menunjukkan hasrat penganjuran HSN tercapai,” katanya pada majlis perasmian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din di sini, hari ini.

Peserta memeriahkan sambutan HSN yang melibatkan acara ‘fun walk’ sejauh tiga kilometer, ‘fun run’ dan kayuhan basikal sejauh lima kilometer bermula seawal pukul 7 pagi.

Tambah Saifuddin, sebagai anak Kedah beliau turut berbesar hati untuk memeriahkan program sukan tersebut walaupun ianya di luar bidang portfolionya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya