11 Pusat Permata autisme seluruh negara

11 Pusat Permata autisme seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar pernah diberikan bagi memastikan kebajikan serta pendidikan anak-anak autistik berada tahap terbaik.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 11 Pusat Permata baharu akan dibina bagi melengkapkan setiap negeri dengan pusat didikan anak-anak autistik termasuk di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Katanya, dua sekolah baharu murid berkeperluan khas juga dibina di Tuaran, Sabah dan Johor Bahru dengan kos RM300 juta.

“Sekolah di Johor Bahru bakal menjadi sekolah pertama yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan untuk autistik.

“Elaun Murid Berkeperluan Khas RM150 sebulan juga terus disediakan kepada lebih 110,00 murid orang kurang upaya (OKU) termasuk murid autisme melibatkan peruntukan RM200 juta,” katanya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, Bantuan Yuran Pembelajaran Anak Autisme disediakan bagi meringankan tanggungan ibu bapa berkelayakan yang akan memanfaat 30,000 anak autisme dengan dana RM15 juta.

Katanya lagi, bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selesa dan terangkum, RM10 juta disediakan bagi untuk membantu sekolah autistik swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan melengkapkan kemudahan pembelajaran.

“Sebuah Pusat Perkhidmatan Autisme akan dibangunkan bagi memanfaat komuniti autisme dengan peruntukan RM5 juta.

“Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 ketimbang RM4,000 ringgit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN