1,091 projek naik taraf sekolah daif dilulus, kos RM8.5 bilion

1,091 projek naik taraf sekolah daif dilulus, kos RM8.5 bilion

1,091 projek naik taraf sekolah daif dilulus, kos RM8.5 bilion – Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara diluluskan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM8.5 bilion.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, daripada

jumlah tersebut, 339 projek dilaksanakan di Sabah, 400 di Sarawak dan 352 lagi di negeri-negeri Semenanjung.

Menurutnya, sebanyak 717 projek telah siap sepenuhnya setakat semalam,  manakala 183 dalam pembinaan, 176 berada di peringkat prabina dan 15 lagi sedang dinilai semula.

“Tempoh pembinaan bagi pelaksanaan projek ini adalah di antara enam bulan hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

“Bagi memperkasakan pelaksanaan projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif, kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas

Reformasi Sektor Awam (STAR) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara,” katanya hari ini.

KPM turut menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal untuk menyelaras pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani.

KPM terus menjadikan insiatif projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara sebagai keutamaan bagi memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid dapat dipertingkatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya