100 murid SK Bukit Minyak terima cermin mata sumbangan JKSB

100 murid SK Bukit Minyak terima cermin mata sumbangan JKSB

HANI Sophia Hilmi (empat dari kanan) mewakili JKSB menyerahkan cermin mata baharu menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) di SMK Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 100 orang murid dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Minyak serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alma Bukit Mertajam menerima cermin mata baharu menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), baru-baru ini.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat JKSB, Hani Sophia Hilmi berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif CSR JKSB di bawah kategori Sinar Sejahtera.

Katanya, CSR JKSB di bawah kategori Sinar Sejahtera itu memberi penekanan kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan keselamatan.

“Program ini juga hasil kerjasama erat antara JKSB dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah (PPDSPT) melalui Sektor Pembangunan Murid (SPM) di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

“Untuk pengetahuan, JKSB sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar sekolah, terutamanya dalam membantu golongan B40 dan pelajar-pelajar luar bandar yang memerlukan bantuan,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan itu diadakan di SMK Alma dengan penyerahan simbolik disempurnakan Hani Sophia kepada Timbalan PPD Sektor Perancangan, Rozita Katan.

Dalam pada itu, Hani Sophia berkata, pihaknya berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dengan lebih baik di dalam kelas dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN