Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan pempengaruh

Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan pempengaruh

ZARINA ANJOULIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zarina Anjoulie menafikan dakwaan kononnya dia menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pencipta kandungan media sosial.

Katanya, meskipun sering dilihat bersama, hubungannya dengan jejaka itu tidak lebih sekadar teman rapat.

“Kami hanya berkawan baik dan sebenarnya sudah lama mengenali satu sama lain.

“Saya sebenarnya susah nak jawab mengenai perkara ini. Kalau ada yang bertanya, saya tak tahu mahu jawab macam mana.

“Yang boleh saya katakan, kami tidak bercinta. Hanya sebagai teman rapat dan sedang mengenal hati budi masing-masing,” katanya yang ditemui sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir X RidzOkumura, baru-baru ini.

Keakraban Zarina dan individu berkenaan menuai persepsi yang kononnya pelakon itu sedang dalam fasa bahagia apatah lagi keduanya sering keluar bersama dan mempamerkan kemesraan di media sosial.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka dari Brunei, Pangiran Mohd Ilham Syazwan dan dikurnia­kan seorang cahaya ma­ta, Awangku Gabriel Martin Ezra.

Pelakon itu kemudian berkahwin dengan Eilyas Azhar pada 2020 namun bercerai setahun kemudian.

Zarina pada tahun lepas bertunang dengan usahawan, Datuk Khazrul Elzey sebelum pertunangan mereka terputus di tengah jalan tidak lama selepas itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN