Yusoff Rawther dituduh miliki pistol, dadah esok - Utusan Malaysia

Yusoff Rawther dituduh miliki pistol, dadah esok

Yusof Rawther
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki tersebut yang ditahan di Jalan Bukit Kiara, di sini  direman  enam hari sejak Sabtu lalu.

“Pemeriksaan pihak polis menjumpai dua pucuk pistol tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja di dalam kenderaan suspek.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai diminta menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang. 

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan berhubung penahanan anak guamnya, pada Jumaat lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN