Yusoff Rawther ditahan miliki senjata, dadah - Polis - Utusan Malaysia

Yusoff Rawther ditahan miliki senjata, dadah – Polis

Yusof Rawther
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan  penahanan Muhammed Yusoff Rawther  kerana memiliki dua pistol tiruan dan ganja di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 6 September lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, ketika ditahan Yusoff iaitu bekas bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki sebuah kenderaan.

Menurut beliau,  hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki Yusoff  polis menemui dua pucuk pistol tiruan dan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

“Kes membabit Yusoff  disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Permohonan reman dibenarkan selama enam hari bermula 7 September sehingga esok,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sementara itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali ketika dihubungi mengesahkan penahanan Yusoff.

“Yusoff yang kini ditahan reman sejak Jumaat lalu menyatakan dengan jelas bahawa pistol dan dadah tersebut bukan miliknya.

“Dia (Yusoff) tiada kena mengena dengan barangan terlarang tersebut. Ujian saringan air kencing juga negatif,” kata peguam itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN