Yoo Ah-in dipenjara kerana dadah - Utusan Malaysia

Yoo Ah-in dipenjara kerana dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Yoo Ah-in telah disabitkan dengan kesalahan salah guna dadah dan dijatuhkan hukuman satu tahun penjara.

Mahkamah daerah di sini, yang menetapkan keputusan itu, turut mengarahkan pelakon tersebut membayar denda 2 juta Won (RM6,541).

Ah-in serta merta ditahan selepas hakim membacakan hukuman tersebut.

Pelakon filem The Throne itu sebelum ini diberkas pihak berkuasa kerana salah guna dadah jenis propofol, midazolam, ketamin dan remimazolam antara tahun 2020 hingga 2022.

Beliau turut didakwa atas kesalahan memiliki 1,100 biji pil tidur yang dibelinya dengan menggunakan nama individu lain.

“Apa pun keputusan mahkamah, saya akan membalas kebaikan mereka yang berada di belakang saya dengan mengubah cara hidup kepada lebih sihat, bersikap lebih jujur dan akan lebih banyak menyumbang kepada masyarakat,” katanya sebelum ini.

Ah-in sebelum ini dikenali menerusi drama dan filem antaranya Secret Love Affair (2014) dan Veteran (2015).

Dia dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik pada majlis penganugerahan perfileman Blue Dragon ke-41 bagi persembahannya dalam filem The Throne dan Voice Of Silence.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN