YBR anjur program penghayatan kemerdekaan - Utusan Malaysia

YBR anjur program penghayatan kemerdekaan

SYAIFUL Rizal Abdul Ghani (lima dari kiri) dan Iruan Zulkefli (lima dari kanan) bersama komuniti yang menyertai Program Penghayatan Merdeka (Merdeka Ride) di Lenggong hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengadakan Program Penghayatan Merdeka (Merdeka Ride) bagi memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terutama pelajar dan komuniti sempena Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Lenggong (SRCC Lenggong) disertai oleh 350 penduduk sekitar Felda Lawin Selatan di sini yang dirasmikan Pengerusi SRCC Lenggong, Datuk Iruan Zulkefli.

Majlis turut dihadiri Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Program dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mewarna, pertandingan tumbuk sambal belacan, pertandingan motosikal lambat dan tukar minyak hitam secara percuma kepada komuniti desa.

Iruan berterima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat kerana bersama-sama menganjurkan program yang menarik minat masyarakat setempat dalam menghayati hari kemerdekaan dengan tema Malaysia Madani Jiwa Merdeka.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Syaiful Rizal berkata, program itu sebahagian daripada inisiatif Yayasan Bank Rakyat untuk mendidik dan memupuk semangat patriotik kepada komuniti terutamanya pelajar tentang makna dan kepentingan kemerdekaan kepada sesebuah negara.

Menurutnya, YBR menyokong program itu yang secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara.

“Ini merupakan komitmen YBR dalam mewujudkan sikap toleransi dan mengamalkan budaya saling hormat menghormati tidak kira kaum, bangsa dan agama dalam kalangan masyarakat desa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya