Yayasan Bank Rakyat terus sumbang dana kepada sekolah, pelajar

Yayasan Bank Rakyat terus sumbang dana kepada sekolah, pelajar

TIMBALAN Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Young Syefura Othman, Setiausaha Sulit Kanan , Datuk Anbumani Balan dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani bergambar bersama pelajar-pelajar penerima Bantuan Persekolahan YBR di Kota Damansara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 16 buah sekolah dan 500 pelajar dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh menerima sumbangan bantuan pendidikan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR), hari ini.

YBR dalam kenyataan memaklumkan, lima buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sekitar Sungai Buloh itu diberi RM50,000 bagi tajaan program Tuisyen Rakyat manakala 11 lagi sekolah kebangsaan (SK) menerima bantuan sekolah bernilai RM55,000.

Bantuan itu turut melibatkan 500 pelajar sekolah membabitkan peruntukan RM50,000 melalui program Penyerahan Insentif Pendidikan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan tersebut bertujuan membantu sekolah memantapkan tahap pencapaian pelajar melalui pelaksanaan program pendidikan serta bantuan tunai kepada pelajar dalam kalangan asnaf dan keluarga B40.

“Bantuan ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid melalui program-program pendidikan yang mampu meningkatkan prestasi Gred Purata Sekolah (GPS) serta pencapaian pelajar,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Young Syefura Othman berkata, bantuan itu diharap boleh membantu ibu bapa dan pihak sekolah menyemai semangat kepada anak-anak di sepanjang sesi persekolahan.

“Usaha ini merupakan inisiatif dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan dan sebagai salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat,” kata beliau.

Setakat September ini, seramai 24,306 murid dan 226 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan sekolah dan persekolahan YBR dengan peruntukan sebanyak RM2.94 juta melibatkan 65 lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN