Wartawan Utusan Malaysia terima anugerah khas Maulidur Rasul

Wartawan Utusan Malaysia terima anugerah khas Maulidur Rasul

MOHD. Na’im Mokhtar menyampaikan anugerah khas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada wartawan Utusan Malaysia, Nurul Irdina Sumali yang mewakili Maisarah Sheikh Rahim, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wartawan Utusan Malaysia, Maisarah Sheikh Rahim menerima anugerah khas individu sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2024, hari ini.

Anugerah tersebut diberikan atas jasa dan sumbangan beliau yang besar terhadap penulisan artikel melibatkan pembangunan islam, ajaran sesat, isu-isu kekeluargaan isu pensijilan halal.

Penerimaan anugerah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Naim, penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul SAW diadakan sebagai salah satu bentuk pengiktirafan dan memberikan inspirasi kepada masyarakat terhadap sumbangan dan peranan bagi membangunkan syiar Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

“Saya terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada semua para penerima anugerah.

“Semoga anugerah pada hari ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pihak untuk terus melipatgandakan lagi usaha dakwah pada masa hadapan,” katanya.

Antara anugerah yang diumumkan adalah Anugerah Tokoh Utama dan Anugerah Khas Individu.

Ini termasuk Anugerah Khas Organisasi Kategori Masjid, Surau, Sekolah Rendah Agama (SRA)/Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Sekolah Menengah/Sekolah Menengah Agama dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN