Wartawan sambilan Utusan Malaysia rangkul satu anugerah utama KPA 2024

Wartawan sambilan Utusan Malaysia rangkul satu anugerah utama KPA 2024

SURAIDAH Roslan menerima anugerah utama Laporan Perniagaan dan Ekonomi bahasa Melayu daripada Lim Haw Kuang (dua kanan), sambil disaksikan oleh Muguntan Vanar (kanan) pada KPA 2024 di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Wartawan sambilan Utusan Malaysia merangkul satu anugerah utama bagi kategori Laporan Perniagaan dan Ekonomi bahasa Melayu dan dua merit pada Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2024, di sini semalam.

Wartawan sambilan, Suraidah Roslan memenangi kategori Laporan Perniagaan dan Ekonomi bagi laporan yang bertajuk UMS hasilkan ikan kerapu hibrid pertama di dunia manakala, merit yang dimenangi masing-masing bagi kategori Laporan Berita (Bukan Rencana) Bahasa Melayu dan Anugerah Kewartawanan (Rencana dan Bukan Rencana) bahasa Melayu.

Majlis penyampaian anugerah bagi kategori Laporan Perniagaan dan Ekonomi disampaikan oleh Penasihat Khas SMJ Energy Sdn Bhd, Datuk Seri Lim Haw Kuang yang merupakan penaja bersama KPA 2024 dan turut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anugerah Kewartawanan yang menerima 372 penyertaan itu adalah anjuran bersama Persatuan Wartawan Sabah (SJA) dan kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar menyatakan hasrat untuk menganjak tempoh penganjuran KPA kepada suku tahun pertama seperti yang dianjurkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa hasil kerja mereka tidak boleh digantikan dengan Kecerdasan Buatan (AI). Biarpun dengan adanya aplikasi AI, cara kerja media ketika sudah berubah namun, sentuhan manusia masih diperlukan dalam penghasilan laporan berita yang baik.

Laporan-laporan berita yang dihantar untuk penyertaan KPA memerlukan laporan yang asli dan bukannya dibuat dengan teknologi AI.

Pihak juri adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang kewartawanan jadi, mereka akan dapat mengetahui perbezaan sekiranya laporan yang dihasilkan adalah hasil kerja wartawan mahupun teknologi AI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN