Warga emas maut, isteri cedera kereta rempuh lori balak

Warga emas maut, isteri cedera kereta rempuh lori balak

KEADAAN kereta mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Kampung Jelatok, Tanah Merah, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah lori balak dalam kejadian di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas di Kampung Jelatok di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Tan Ah Wang, 71, maut di lokasi kejadian manakala isterinya, Kang Bee Siau, 66, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lori tersebut dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

“Setiba di lokasi kejadian, lori berkenaan telah berhenti untuk masuk ke simpang kanan.

“Semasa membelok ke kanan, kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu mangsa dari arah Pasir Mas menghala ke Tanah Merah telah merempuh lori terbabit di bahagian tayar belakang sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, rempuhan itu menyebabkan pemandu kereta itu
meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, isteri kepada mangsa yang mengalami kecederaan telah di bawa Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut.

“Pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN