Warga emas maut dua kereta bertembung - Utusan Malaysia

Warga emas maut dua kereta bertembung

KEADAAN kereta Perodua Bezza dan Honda Civic selepas terlibat dalam di Kilometer 45 di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, dekat Kampung Sungai Tong, Setiu, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang warga emas maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan kenderaan lain dalam kejadian di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu
dekat Kampung Sungai Tong, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul pukul 4.32 pagi itu, Saodah Man, 70, yang berada di bahagian penumpang hadapan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, kemalangan itu dikatakan berlaku ketika kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan dari Kedah menghala ke Kemasik, Kemaman.

“Sementara itu, sebuah lagi kereta jenis Honda Civic yang dipandu pemuda berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke rumahnya di Kampung Payong, Sungai Tong, dekat sini.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang pelajar Kolej Vokasional Sungai Petani hilang kawalan ketika sampai di tempat kejadian dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Honda Civic, ” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, susulan kemalangan itu, lima lagi mangsa iaitu pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan itu mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Setiu.

Mayat Saodah turut dibawa ke hospital sama bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya