Warga emas dipenjara 20 bulan laku amang seksual fizikal kanak-kanak perempuan - Utusan Malaysia

Warga emas dipenjara 20 bulan laku amang seksual fizikal kanak-kanak perempuan

JUSOH Salleh (tengah) yang mengaku salah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, dua minggu lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli membuat keputusan itu hari ini setelah Jusoh Salleh, 78, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Jusoh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia tujuh tahun sembilan bulan.

Jusoh didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah rumah di Kuala Telemong, Hulu Terengganu sekitar pukul 9.50 pagi pada 6 September 2024.

Jika sabit kesalahan, Jusoh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hakim dalam penghakimannya memutuskan kepentingan awam harus mengatasi kepentingan tertuduh dan menyifatkan perbuatan tertuduh adalah kesalahan serius.

“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 bulan bermula tarikh sabitan iaitu hari ini dan pengawasan polis selama setahun,” katanya.

Jusoh bagaimanapun dikecualikan daripada dikenakan hukuman sebat kerana faktor umur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab. Latif manakala tertuduh diwakili peguam, Najmi Adila Mat Nasir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya