Warga Cameroon didakwa miliki wang palsu 

Warga Cameroon didakwa miliki wang palsu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penjual alat komunikasi warga Cameroon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki beberapa bungkusan wang palsu dan peralatan untuk memotong serta membalut wang tersebut, bulan lalu.

Mengikut pertuduhan pertama,  Ammanuel Linwe Gwei, 51, didakwa  mempunyai sembilan bungkusan wang palsu bernilai  RM100 dan berniat untuk menggunakan  wang tersebut sebagai tulen pada pukul 5 petang, 15 Ogos lalu di sebuah kedai serbaneka di Brickfields di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Ammanuel didakwa mempunyai wang palsu RM100 berjumlah 4,770 keping, wang kertas Dolar Amerika Syarikat berjumlah 152 keping serta peralatan untuk memotong dan membalut wang kertas yang akan digunakan sebagai tulen.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 7.30 petang di sebuah residensi dalam daerah Cheras, Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak tidak mencadangkan sebarang jaminan dan tertuduh tidak diwakili peguam. 

Hakim Hamidah Mohamed Deril kemudian menetapkan 15 Oktober ini bagi sebutan semula kes. – utu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya