Wanita Melayu Thailand maut, motosikal terbabas di bahu jalan

Wanita Melayu Thailand maut, motosikal terbabas di bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang wanita Thailand maut dalam kemalangan jalan raya apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 128 Jalan Kuala Lumpur – Kuantan (hala ke Kuala Lumpur)  berhampiran Jambatan Kampung Paya Kujan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa yang berusia 41 tahun merupakan Pemastautin Tetap beralamat di Seberang Temerloh disahkan oleh petugas perubatan meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku pada pukul 12.05 tengah hari ini.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila wanita berkenaan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss bernombor  MJ110 dari arah Seberang Temerloh menghala ke Mentakab. 

“Setiba di tempat kejadian, ketika melalui selekoh susur ke kanan, tiba-tiba mangsa dipercayai telah hilang kawalan lagi masuk ke bahu jalan kiri yang tidak berturap lalu terbabas,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.  

Menurut Mazlan, mangsa seorang peniaga meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN