Wanita disembur pemedih mata, motosikal dicuri

Wanita disembur pemedih mata, motosikal dicuri

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga individu diburu polis selepas menyamun seorang penunggang motosikal wanita warga Indonesia di Taman Batu, Gombak, Selangor, Isnin lalu.

Wanita berusia 44 tahun itu dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Greenwood sebelum didatangi suspek yang menyembur cecair pemedih mata.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tiga suspek tidak dikenali menaiki motosikal menghampiri mangsa dan menyembur pemedih mata.

“Akibatnya mangsa tidak dapat mengawal motosikal dan terjatuh. Selepas itu suspek melarikan motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa sudah membuat laporan polis pada hari kejadian dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua suspek masih diburu,” jelasnya.

Sebelum itu tular satu video berdurasi 2 minit 20 saat memaparkan mangsa terbabas di sebuah taman perumahan sebelum motosikalnya dibawa lari oleh tiga lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya