Video tular polis iring kereta awam disahkan palsu Video tular polis iring kereta awam disahkan palsu

Video tular polis iring kereta awam disahkan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kenderaan awam diiringi kereta peronda polis (MPV) adalah tidak benar.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya mengesahkan video ditularkan itu hanyalah rekaan semata-mata untuk mencari publisiti.

Menurutnya, polis juga mengesahkan MPV itu dinaiki anggota ronda dari Balai Polis Dengkil.

“Siasatan awal bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan masa sebenar kejadian itu dirakam.

“Namun, difahamkan MPV itu dalam tugasan rondaan dan lampu beacon dipasang ketika aliran trafik tidak sesak. Bagaimanapun, MPV itu diekori sebuah kenderaan awam yang kemudian merakam situasi itu untuk tujuan publisiti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pemilik kereta itu merakam video yang memaparkan situasi kononnya sedang diiring oleh sebuah MPV.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan mendapati video itu ditularkan oleh pemilik akaun Instagram ‘rayng899’ semalam.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menimbulkan apa-apa spekulasi dan tidak berkongsi berita yang tidak benar mengenai kejadian ini.

 Video tular itu turut dikongsi menerusi pautan https://www.tiktok.com/@rayng899/video/7416698188897209608?_r=1&_t=8pu32GiXgNL. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN