Van putih dipandu laju langgar motosikal dikesan

Van putih dipandu laju langgar motosikal dikesan

GAMBAR tular menunjukkan van putih yang dipandu laju dan melanggar sebuah motosikal di susur Plaza Tol Gombak di Kilometer 14.7 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2), Gombak pada 30 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan van putih yang dipandu laju dan melanggar sebuah motosikal di susur Plaza Tol Gombak di Kilometer 14.7 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) dekat sini sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan video berdurasi satu minit 47 saat yang tukar di media sosial pada 1.15 petang, 31 Ogos lalu berkaitan kejadian itu.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku pada 30 Ogos lalu kira-kira pukul 11.50 pagi.

“Mangsa, wanita berusia 21 tahun di mana ketika kejadian dia menunggang motosikal menghala ke Sri Gombak.

“Semasa sampai di tempat kejadian, van itu memotong dan melanggar bahagian hadapan motosikal menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ariffin berkata, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian tangan kanan, kaki, bahu, dagu dan dada sebelum menerima rawatan di klinik.

“Usaha mengesan pemandu van terbabit sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Suharman Che Musa di talian 019-6751727 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ditalian 03-61262222,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya