Van jatuh gaung, warga emas tersepit, sembilan termasuk bayi cedera 

Van jatuh gaung, warga emas tersepit, sembilan termasuk bayi cedera 

PASUKAN bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam van yang terbabas lalu terjatuh gaung di Kundasang, Ranau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Seorang warga emas tersepit manakala sembilan mangsa lain termasuk bayi cedera ringan apabila van yang dinaiki terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter berhampiran Nickgold Resort Kundasang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, van yang dinaiki 10 penumpang itu hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke dalam gaung. Antara mangsa yang cedera ringan adalah seorang bayi perempuan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.56 malam dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 20 kilometer dari BBP.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati sebuah van Urvan terbabas ke dalam gaung dan 10 mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Seorang mangsa warga emas yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN