Usaha pastikan satu lawan satu PRU16 patut bermula sekarang - DAP

Usaha pastikan satu lawan satu PRU16 patut bermula sekarang – DAP

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu bertanding bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dengan memastikan pertandingan satu lawan satu di semua kerusi ditandingi.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berkata, langkah ini bagi mengekalkan kestabilan negara serta mencapai lonjakan ekonomi kedua Malaysia, di samping menjamin masa depan tanah air.

Justeru katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota amat penting sebagai pembuka jalan menghadapi PRU16 dengan memastikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerjasama untuk terus memenangi pilihan raya dan mentadbir bersama.

“Bagi mengekalkan kestabilan negara serta mencapai lonjakan ekonomi kedua Malaysia, di samping menjamin masa depan tanah air tercinta, Kerajaan Perpaduan perlu bertanding bersama pada PRU16. Malah, usaha perlu dimulakan awal bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu di semua kerusi pada PRU16.

“Johor merupakan medan pilihan raya yang penting. Ia mempunyai 26 kerusi Parlimen, menjadikannya negeri di Semenanjung yang paling banyak kerusi. 

“Gabungan PH dan BN di Johor menguasai 24 daripada 26 kerusi ini. Ini merupakan asas kekuatan kuasa politik Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Chin Tong, setelah lebih 22 bulan, Kerajaan Perpaduan kekal teguh dan berjaya memerintah dengan baik. 

“Kerajaan Perpaduan mentadbir bersama, menang dan kalah pilihan raya bersama dan kita mahu bersama-sama membina negara demi generasi akan datang,” katanya.

Katanya, pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum 2022 yang menyaksikan ketiga-tiga gabungan iaitu PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan. 

Beliau berkata, namun atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, PH dan BN bersetuju bekerjasama bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN