Usaha kembali UPSR perlu ambil kira Laporan Kajian Dasar Pendidikan Negara

Usaha kembali UPSR perlu ambil kira Laporan Kajian Dasar Pendidikan Negara

MASZLEE MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha mengembalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu mengambil kira Laporan Kajian Dasar Pendidikan Negara 2019 beserta cadangan Modal Pendidikan Baharu sebagai rujukan.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, terserah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan pihak kementerian serta kerajaan untuk membuat keputusan yang terbaik sama ada mengembalikan peperiksaan itu atau sebaliknya.

“Mereka lebih faham dan tahu keadaan terkini pendidikan negara. Saya ini bukan sesiapa pun dalam ranah pendidikan hari ini. 

“Ditelan mati emak, diluah mati bapak, biarlah insan hina di pinggiran ini mendiamkan diri dan bergelut dalam ruang yang lain untuk berbakti kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi tahun enam dan tingkatan tiga di sekolah menengah digesa disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Peperiksaan tersebut dianggap sebagai pengukur kepada tahap peningkatan pendidikan pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memilih bidang pengajian di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT).

UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya mulai 2022 sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara menyeluruh.

Menurut Maszlee, bukan beliau menghapuskan UPSR sebaliknya oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 2021.

Namun katanya, pada 2023, Kementerian Pendidikan melalui Fadhlina menegaskan bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk menghidupkan UPSR dan bertegas dengan keputusan yang  dibuat pada 2021.

“Mutakhir pula, setelah Timbalan Perdana Menteri menyuarakan agar UPSR dihidupkan semula, KPM telah melakukan u-turn dan berjanji akan bawa usul tersebut ke mesyuarat Kabinet,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya