'Urusan dengan keluarga selesaikan dengan keluarga'

Urusan dengan keluarga selesaikan dengan keluarga – Syamsul Yusof

SYAMSUL Yusof bercakap kepada pemberita di Mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof percaya, setiap masalah atau urusan melibatkan peribadi dan keluarga harus diselesaikan di rumah dan sesama ahli keluarga.

Syamsul berkata demikian selepas ditanya mengenai apa responsnya terhadap kenyata­an bapanya, Datuk Yusof Haslam yang mendoakan kebaikan buatnya termasuk berharap segala urusannya dipermudahkan Allah.

“Itu urusan keluarga dan urusan keluarga, selesaikan di antara keluarga. Seperti saya cakap, apa sahaja isu peribadi, saya pilih untuk tidak berkongsi dengan media.

“Kalau kita ada isu keluarga, kita tak perlu babitkan jiran kita, betul tak? Sebab benda itu boleh mengeruhkan keadaan. Itu sahaja yang saya mampu cakap,” katanya.

Syamsul berkata demikian semasa ditemui selepas selesai menghadiri perbicaraan perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, semalam.

Sebelum ini, Yusof pernah memberi kenyataan kepada pihak media selain berharap agar anaknya itu dikuatkan semangat bagi menghadapi dugaan dalam rumah tangganya.

“Saya doakan Syamsul kuatkan semangat dia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran,” katanya.

Semalam, Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isteri, Ira Kazar selepas Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor memutuskan lafaz cerai taklik yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.

Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Sebutan yang sepatutnya berlangsung pada 27 Ogos itu terpaksa ditunda kepada 25 September ini memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syam­sul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Pute­ri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN