UPSR perlu dikembali ukur keupayaan murid

UPSR perlu dikembali ukur keupayaan murid – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan untuk mengukur keupayaan murid sebelum untuk peringkat selanjutnya.

Kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, wujud keperluan sistem penilaian berpusat dan berselaras membabitkan dalam kalangan murid sekolah rendah.

“Saya amat setuju untuk peperiksaan UPSR dikembalikan. Perlu ada sistem penilaian berpusat dan terselaras agar dapat mengukur keupayaan sebenar pelajar sebelum ke peringkat menengah,” katanya dalam Facebook.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi Darjah 6 di sekolah rendah dan Tingkatan 3 di sekolah menengah disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Peperiksaan tersebut dianggap sebagai pengukur kepada tahap peningkatan pendidikan pelajar-pelajar sebelum mereka menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan memilih bidang pengajian di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT).

Katanya, beliau berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini yang menyedari punca kepada 10,177 pelajar tidak menduduki SPM tahun lalu.

UPSR dan PT3 dimansuhkan sepenuhnya mulai 2022 sebelum digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) secara menyeluruh. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya