Unsur keganasan: Sekolah, jabatan, saluran politik perlu dipantau

Unsur keganasan: Sekolah, jabatan, saluran politik perlu dipantau – PM

ANWAR Ibrahim bergambar bersama tetamu yang hadir selepas majlis peluncuran pelan tindakan Malaysia bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemantauan dilakukan di sekolah, jabatan, saluran politik dan kelompok-kelompok tertentu bagi memerangi pengaruh dan unsur keganasan.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu bukan dibuat berdasarkan agenda tertentu dan tidak juga bersifat politik kepartian sebaliknya demi keselamatan negara.

Beliau berkata, unsur dan pengaruh luar itu harus sentiasa dipantau jika tidak mahu berakhir dengan keganasan seperti yang dilihat di banyak tempat di dunia.

“Saya akui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai pengalaman yang lama, namun ia harus diperkemaskan.

“Agendanya ialah keselamatan dan keamanan. Kalau kita nak uar-uarkan kita mahu kebebasan dan biar negara ini lingkup. Itu bukan kebebasan. Itu memungkinkan negara ditakluki atau kacau bilau berlaku,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE), di sini hari ini.

Anwar berkata, rakyat seluruhnya harus diberi kefahaman mengenai MyPCVE ini dan mengapa perlunya undang-undang khusus bagi mengekang unsur-unsur luar ini.

Anwar berkata, kerajaan bukan mahu mengekang kebebasan tapi melarang tindakan ke arah keganasan ini yang disebut Purveyors of Terror and Violence (pelaku keganasan).

“Kerana kalau kita tunggu dan biarkan ini meluas ia akan menjadi menjadi sebati dengan kefahaman, maka itu sudah agak terlambat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya